A.H.M.A.D.S.Y.A.H.I.R

' Hate me is not the weapon to beat me'





Ahmad Syahir Power ( Author:Aiza Syafina Noorul Azam)

Sunday 15 May 2011


 Ahmad Syahir..
Dikau memang hebat
Hebat dalam mematahkan hujah aku
Ku katakan hidup cuma sekali
Dikau patahkan kataku
Hidup pertama didunia,hidup kedua di akhirat

Ahmad Syahir
Katamu hidup kita mesti tanpa kot
Bukan bermakna hidup sentiasa keraguan
Cuma was-was mainan syaitan
Usah bimbang ia boleh dilawan

Ahmad Syahir
Dikau memang hebat
Tamsilan yang nyata
Sudah terang lagi mahu bersuluh
Berjaya buat orang ketawa
Katanya ketawa itu nikmat
Walaupun stereotaip
Namun benarlah jua
Memang ketawa pengubat duka
Penyeri kehidupan dunia loka

Ahmad Syahir
Dikau memang hebat
Apa yang mustahil dihadapannya
Dijadikan cabaran melawannya
Tidak mudah untuk putus asa
Toleransi kepada yang lain
Katanya “alaaaaaaa....boley pnya”

Ahmad Syahir
Dikau memang hebat
Hebat sehingga mampu buatku mengarang
Sajak yang rasanya tiada ritma
Sajak yang tidak bermotif abstrak
Yang hanya bermotifkan suasana






made by http://lafinna.blogspot.com/

tq ya Aiza..hahahah...Power la sgt

0 org dah mencarut kat aku:

Post a Comment

nk mencarut apa???